peraduan duit raye NESTLE

>> Tuesday, August 3, 2010

NESTLÉ® Peraduan Duit Raya
Tarikh tutup pade 30 September 2010
Kumpul penutup sentap dicetak khas HARI INI!

Syarat &Peraturan Peraduan
Penganjur & Kelayakan Mengambil Bahagian & Tempoh
  1. PERADUAN DUIT RAYA [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“pihak Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 01/08/2010.
  2. Peraduan ini akan diadakan dari sekarang sehingga 30/09/2010 [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
Penghantaran Borang Penyertaan & Kriteria Kelayakan
  1. Untuk menyertai Peraduan ini anda perlu membeli mana-mana varian tin minuman NESCAFÉ (ORIGINAL / MOCHA / LATTE) 240ml dan/atau MILO GRAB ’N GO (ORIGINAL) 240ml yang mempunyai huruf-huruf “DU” atau “IT” atau “RA” atau “YA” yang dicetak khas dibawah penutup sentap. [“Penutup Sentap Khas”].
  2. Untuk menyertai Peraduan, anda hanya perlu menulis dengan tangan di atas sehelai kertas butir-butir peribadi yang dikehendaki, iaitu Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan , Alamat Kediaman, Nombor Telefon dan/atau Telefon Bimbit Sila rujuk contoh yang ditunjukkan pada poster dan risalah Peraduan.
  3. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau tidak tepat dan/atau penyertaan dengan Penutup Sentap Khas yang salah dan/atau rosak akan dibatalkan. Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih dari 1 [satu] Penutup Sentap Khas dalam 1 [satu] sampul surat.
  4. Setiap borang penyertaan boleh dikirim/dihantar menerusi pos biasa, pos berdaftar, perkhidmatan kurier, POS Laju atau khidmat penghantaran ke alamat yang dinyatakan. Bukti pos borang penyertaan tidak dianggap sebagai bukti penerimaan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab jika borang penyertaan yang dihantar oleh peserta-peserta tidak diterima.
  5. Peserta-peserta akan dihubungi melalui telefon menurut kepada nombor telefon yang telah diberikan di dalam borang penyertaan dan akan diwajibkan untuk menyertai sesi soal-jawab untuk memenangi hadiah mereka. Sekiranya mana-mana peserta gagal dihubungi selepas 3 [tiga] percubaan, maka penyertaannya akan dibatalkan.
Hadiah-hadiah
  1. 5,505 [Lima ribu lima ratus lima] pemenang pertama yang mengemukakan Penutup Sentap Khas dengan huruf “DU” akan memenangi wang tunai RM20 [Ringgit Malaysia: dua puluh] setiap satu. Terdapat 5,505 [lima ribu lima ratus lima] hadiah untuk dimenangi.
  2. 1,505 [Satu ribu lima ratus lima] pemenang pertama yang mengemukakan Penutup Sentap Khas dengan huruf “IT” akan memenangi wang tunai RM50 [Ringgit Malaysia: lima puluh] setiap satu. Terdapat 1,505 [satu ribu lima ratus lima] hadiah untuk dimenangi.
  3. 505 [Lima ratus lima] pemenang pertama yang mengemukakan Penutup Sentap Khas dengan huruf “RA” akan memenangi wang tunai RM100 [Ringgit Malaysia: satu ratus] setiap satu. Terdapat 505 [lima ratus lima] hadiah untuk dimenangi.
  4. 30 [tiga puluh] pemenang pertama yang mengemukakan Penutup Sentap Khas dengan huruf “YA” akan memenangi wang tunai RM500 [Ringgit Malaysia: lima ratus] setiap satu. Terdapat 30 [tiga puluh] hadiah untuk dimenangi.
  5. 5 [Lima] pemenang pertama yang mengemukakan penyertaan set penuh huruf-huruf “DU”, “IT”, “RA” dan “YA” Penutup Sentap Khas akan memenangi wang tunai RM5,000 [Ringgit Malaysia: lima ribu] setiap satu. Terdapat 5 [lima] hadiah untuk dimenangi. Dengan mengemukakan penyertaan set penuh huruf-huruf “DU”, “IT”, “RA” dan “YA” Penutup Sentap Khas untuk memenangi hadiah, pemenang tidak berhak/layak untuk memenangi hadiah-hadiah individu untuk setiap huruf Penutup Sentap Khas.
  6. Hadiah-hadiah adalah terhad kepada bilangan pemenang-pemenang seperti yang dinyatakan diatas sahaja. Sebarang Penutup Sentap Khas yang dikemukakan oleh peserta setelah kesemua bilangan pemenang-pemenang telah mencukupi, peserta tersebut tidak berhak/layak untuk menang.
  7. Pemenang akan diberitahu melalui pos. Semua hadiah akan di bayar melalui cek atas nama pemenang menurut kepada yang diberikan di dalam borang penyertaan. Semua hadiah cek akan dihantar ke alamat yang telah diberikan dalam tempoh 6-8 minggu selepas tamat Tempoh Peraduan. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 3 [tiga] bulan dari tarikh yang tertera pada cek hadiah. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan menerusi pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima.
  8. Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.
Liabiliti & Tanggungjawab
  1. Peserta dan pemenang akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat menyertai Peraduan, menuntut hadiah dan/atau menggunakan hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan pihak Penganjur daripada sebarang liabiliti.
  2. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
Hak Penganjur
  1. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa memberi notis terlebih dahulu dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
Terma & Syarat
  1. Keputusan pengadil adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan ini, serta keputusan pihak Penganjur.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN MENYERTAI LAIN2 CONTEST SILA KLIK DISINI




0 komen:

Post a Comment

kepada yang baca blog ini semata-mata sebab nak menyibuk dan dengki pada cik q,terima kasih yeh kerana sudi datang melawat,blog ini diciptakan macam sampah,segala isinya ditaip ikut suka hati,walaupun tidak berguna tapi dicipta oleh aku dan diciptakan untuk aku,kalau tak suka tak payah baca,terus bla jer,pergi la jenguk blog-blog yang glamour dan best,
aku nie tak glamour pun,akhir kata..kehidupan harus diteruskan,walaupun keputusan yang dibuat seringkali salah dan dikesali,
so...happykan diri...happykan hidup....

  © cnq Simple n' Sweet by just2qasehlaura.com 2009

Back to katak hijau