lagi kes buang bayi..mayat bayi perempuan ditemui.....

>> Monday, August 16, 2010

setiap hari ade je bayi yg terkorban perbuatan MANUSIA YG BERHATI BINATANG...YA ALLAH YA TUHANKU...apakah nie petande DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.....manusia kini HILANG PEDOMAN......sedihnyer aku ngok mayat bayi nie.....KENAPE??KENAPA??manusia yg mengandungkan bayi nie sangup membuang n membunuh nyer....AKU LAU LA JUMPE MAK PADE BUDAK NIE...AKU nak buat die dalam keadaan camnie jugak....bagi die rase....BOGELKAN HUMBAN KAT tempat SAMPAH xpun HUMBAN KAT SUNGAI...APA PERASAN MEREKA...cam2 la perasaan bayi yg x berdose n x tahu ape2 nie..........HUKUMAN BUNUH MEMANG PATUT DIJALANKAN....DENGAN SEGERE....kerana mereke MEMBUNUH.......MEMBUNUH MANUSIA YG X BERDOSA....MANUSIA YG X PUNYE UPAYA....aku berharap sangat2...HUKUMAN MATI NI AKAN DIKUATKUASAKAN...insyaalllah............

PETALING JAYA 15 Ogos - Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi.
Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui sekumpulan lima lelaki yang sedang menjala ikan di sungai berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi.
Salah seorang daripada mereka, Badrul Abdul Rashid, 24, berkata, dia dan rakan-rakannya berasa curiga sebaik sahaja ternampak beg berwarna hitam itu tersangkut di tebing sungai sebelum membukanya.
"Selepas membuka zip beg itu, saya terkejut melihat bungkusan kain tuala dan sehelai kain yang dibalut seperti mayat. Saya kemudian memberanikan diri membuka getah pengikat rambut di bahagian atas dan bawah bungkusan itu.
"Setelah membuka balutan kain itu, saya nampak mayat seorang bayi berkulit gelap yang masih elok tanpa bau busuk," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat itu hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mayat bayi tersebut mungkin baru ditinggalkan memandangkan keadaannya yang masih elok.
"Kita juga masih menyiasat sama ada bayi yang berkulit gelap itu ditinggalkan ketika dia masih hidup atau sebaliknya.
"Selain itu, polis akan turut menyiasat sehelai daripada dua kain yang kelihatan seperti milik hospital," ujar beliau.
Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi meskipun Kabinet baru-baru ini mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjelaskan, keputusan sama ada sesuatu kes buang bayi itu akan disabitkan dengan hukuman mati akan ditentukan oleh Peguam Negara.



petikan diatas diambil di utusan




0 komen:

Post a Comment

kepada yang baca blog ini semata-mata sebab nak menyibuk dan dengki pada cik q,terima kasih yeh kerana sudi datang melawat,blog ini diciptakan macam sampah,segala isinya ditaip ikut suka hati,walaupun tidak berguna tapi dicipta oleh aku dan diciptakan untuk aku,kalau tak suka tak payah baca,terus bla jer,pergi la jenguk blog-blog yang glamour dan best,
aku nie tak glamour pun,akhir kata..kehidupan harus diteruskan,walaupun keputusan yang dibuat seringkali salah dan dikesali,
so...happykan diri...happykan hidup....

  © cnq Simple n' Sweet by just2qasehlaura.com 2009

Back to katak hijau