RAI MEDIA, BLOGGER

>> Wednesday, August 25, 2010



Kira-kira 1,000 orang pengamal media dan blogger diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman rasminya, Sri Satria di Putrajaya, malam tadi.
Majlis itu dihadiri ketua-ketua pengarang dan pengarang media cetak serta elektronik. Antaranya, Kumpulan Utusan diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak; Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.Selain itu ialah Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Berhad (NSTP), Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan, Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; dan Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.Hadir sama, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Yong Soo Heong; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Bhd., Datuk Ahmad A. Talib. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan turut menghadiri majlis tersebut.Pada majlis tersebut, Muhyiddin menyampaikan sumbangan dan bantuan sempena Ramadan kepada sekumpulan anak yatim dari sekitar Subang, Selangor.Selepas berbuka puasa, Timbalan Perdana Menteri bersama tetamu mengerjakan solat maghrib dan isyak serta tarawih berjemaah.




sumber>>>utusan

0 komen:

Post a Comment

kepada yang baca blog ini semata-mata sebab nak menyibuk dan dengki pada cik q,terima kasih yeh kerana sudi datang melawat,blog ini diciptakan macam sampah,segala isinya ditaip ikut suka hati,walaupun tidak berguna tapi dicipta oleh aku dan diciptakan untuk aku,kalau tak suka tak payah baca,terus bla jer,pergi la jenguk blog-blog yang glamour dan best,
aku nie tak glamour pun,akhir kata..kehidupan harus diteruskan,walaupun keputusan yang dibuat seringkali salah dan dikesali,
so...happykan diri...happykan hidup....

  © cnq Simple n' Sweet by just2qasehlaura.com 2009

Back to katak hijau