tip berpakaian bagi yang berpayudara besar

>> Wednesday, August 18, 2010

ehsan dari google

Wanita yang mempunyai ukuran payudara yang besar memang menghadapi masalah dalam pemilihan pakaian. Jika salah pilih, pasti anda akan nampak tidak selesa dengan payudara sendiri. Paling teruk, pakaian yang dikenakan membuatkan payudara nampak tersembul sehingga mencacatkan penampilan.


Jadi, bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Di sini di berikan beberapa tip berguna untuk dipraktikkan.


1) Perkara pertama yang harus diberi perhatian ialah kenakan coli yang tepat supaya payudara anda mendapat sokongan yang baik. Bra yang tepat akan menampilkan kesan langsing.


2) Kenakan baju yang potongan lehernya melebar hingga ke bahu atau pilih baju yang bercorak vertikal. Ini dapat menimbulkan ilusi yang membuatkan payudara anda nampak lebih kecil. Jangan sesekali mengenakan t-shirt berkolar bulat yang sangat sempit! Potongan V adalah pilihan terbaik.


3) Pilih jaket atau blaus yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik jenis ini akan mengikut bentuk tubuh dan melangsingkan.


4) Untuk padanan, pilih skirt yang berpotongan A, seluar denim ‘boot cut’ atau seluar panjang berpotongan lurus.


5) Jika ingin mengenakan gaun, pilih gaun yang berpotongan ‘empire waistline’. Potongan sebegini bukan sahaja boleh menyembunyikan bentuk payudara yang besar tetapi ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing.


6) Sekiranya ingin mengenakan aksesori, pilih rantai yang panjangnya di atas garis dada atau payudara. Hindari rantai yang terlalu panjang kerana ia boleh membuatkan payudara kelihatan lebih besar.


7) Hindari pakaian yang mempunyai motif atau detail yang sarat di bahagian tengah dada.


8) Sekali pun mengenakan tali pinggang merupakan trend terkini, mereka yang mempunyai payudara besar harus mengelakkan ikat pinggang yang melingkar di sekitar pinggang atau tepat di bawah payudara. Ini benar-benar kesalahan besar.


9) Pastikan anda tidak memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt yang dipakai.




sumber>>>klik disini




2 komen:

Wak Jengkol August 18, 2010 at 3:19 PM  

salam

wak like this tips..

Cik Q August 19, 2010 at 2:42 AM  

salam...........

cik q pun like this tip...huhuhu....

Post a Comment

kepada yang baca blog ini semata-mata sebab nak menyibuk dan dengki pada cik q,terima kasih yeh kerana sudi datang melawat,blog ini diciptakan macam sampah,segala isinya ditaip ikut suka hati,walaupun tidak berguna tapi dicipta oleh aku dan diciptakan untuk aku,kalau tak suka tak payah baca,terus bla jer,pergi la jenguk blog-blog yang glamour dan best,
aku nie tak glamour pun,akhir kata..kehidupan harus diteruskan,walaupun keputusan yang dibuat seringkali salah dan dikesali,
so...happykan diri...happykan hidup....

  © cnq Simple n' Sweet by just2qasehlaura.com 2009

Back to katak hijau