Bayi perempuan ditinggalkan depan rumah

>> Wednesday, August 18, 2010



BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Kempen-kempen kesedaran sudah dilakukan banyak pihak malah kerajaan mengumumkan akan bertindak lebih tegas terhadap pesalah buang bayi tetapi ia belum cukup untuk menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Terbaru, seorang bayi perempuan yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan di atas meja di hadapan sebuah rumah di Bukit Minyak di sini pada Ahad lalu.
Bayi seberat 1.4 kilogram itu ditemui kira-kira pukul 11 malam dengan keadaan berbalut kain lampin oleh sepasang suami isteri yang baru pulang menunaikan solat sunat tarawih di surau berhampiran.
Pasangan itu yang sudah 10 tahun berumahtangga dan belum dikurniakan anak mengambil keputusan untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat sebelum dinasihatkan seorang rakan untuk menyerahkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu menjaga bayi tersebut selama dua hari sebelum membawanya ke balai polis kira-kira pukul 10 pagi ini.
"Berdasarkan keterangan daripada pasangan ini, bayi ini ditemui di hadapan rumah mereka tetapi tidak terus membawanya ke balai kerana berhasrat untuk menjadikannya anak angkat.
"Tapi atas nasihat rakan-rakan, mereka membawanya ke balai untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azman memberitahu, bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut dan dia kini disahkan dalam keadaan sihat.
Kes itu kata beliau, disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan polis SPT di talian 04-5306402 atau balai-balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," ujarnya.

sumber diatas>>> utusan
untuk baca berita seperti diatas anda boleh baca di cosmo  dan  berita harian


0 komen:

Post a Comment

kepada yang baca blog ini semata-mata sebab nak menyibuk dan dengki pada cik q,terima kasih yeh kerana sudi datang melawat,blog ini diciptakan macam sampah,segala isinya ditaip ikut suka hati,walaupun tidak berguna tapi dicipta oleh aku dan diciptakan untuk aku,kalau tak suka tak payah baca,terus bla jer,pergi la jenguk blog-blog yang glamour dan best,
aku nie tak glamour pun,akhir kata..kehidupan harus diteruskan,walaupun keputusan yang dibuat seringkali salah dan dikesali,
so...happykan diri...happykan hidup....

  © cnq Simple n' Sweet by just2qasehlaura.com 2009

Back to katak hijau