Bayi kena patuk ular tedung lumpuh kekal

>> Wednesday, August 18, 2010


MOHD ASRI kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Kangar.


PADANG BESAR 17 Ogos - Ahmad Asri Mohd. Indra Suwardy, 2, sebelum ini merupakan seorang kanak-kanak yang lincah dan periang.
Namun, dia kini hanya mampu terbaring dan menangis akibat patukan ular di kepalanya yang dipercayai ular tedung.
Ahmad Asri dari Kampung Bukit Merah di sini, dipatuk ular berkenaan pada 26 Mei lalu ketika bermain seorang diri dalam bilik di rumah neneknya yang terletak di sebelah rumahnya.
Kejadian pada pukul 7 pagi itu menyebabkan Ahmad Asri mengalami koma lebih sebulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Apabila dia sedar, Ahmad Asri tidak mampu bergerak, bercakap atau makan sendiri.
Ibunya, Noramali Ahmad, 27, berkata, Ahmad Asri adalah anak bongsu daripada tiga beradik.
Menurutnya, Ahmad Asri hanya mampu menangis dan sering mengalami kekejangan otot yang menyebabkan seluruh badannya, terutama tangan menggigil.
Lebih menyedihkan ialah Ahmad Asri akan mengalami kecacatan kekal akibat patukan ular di sebelah kanan kepalanya yang kini meninggalkan kesan luka sebesar lapan sentimeter.
Kanak-kanak itu tidak boleh diberi makanan pejal sebaliknya hanya minum susu menggunakan tiub 'nasogastrik' yang disambung melalui hidung terus ke perut sehingga usianya enam tahun.
Menceritakan detik kejadian itu, Noramali berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar anak sulungnya ke tabika tetapi tersentak apabila melihat anak bongsunya meluru kepadanya dengan tangisan.
"Apabila saya tanya dia hanya tunjuk keluar rumah kemudian bila saya periksa ada sedikit darah di kepalanya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Noramali kemudian bergegas memanggil jirannya untuk membantu menghantar dia dan anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Ketika dalam perjalanan, Noramali yang sedang memangku Ahmad Asri bertambah cemas apabila anaknya itu tidak bergerak-gerak dan mendapati jantung anaknya telah terhenti.
"Setiba di HTF, doktor terus memasukkan dia ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mengesahkan jantungnya terhenti selama 15 minit," katanya.

sumber diatas>>> utusan 
untuk baca berita seperti diatas anda boleh baca di berita harian juga





0 komen:

Post a Comment

kepada yang baca blog ini semata-mata sebab nak menyibuk dan dengki pada cik q,terima kasih yeh kerana sudi datang melawat,blog ini diciptakan macam sampah,segala isinya ditaip ikut suka hati,walaupun tidak berguna tapi dicipta oleh aku dan diciptakan untuk aku,kalau tak suka tak payah baca,terus bla jer,pergi la jenguk blog-blog yang glamour dan best,
aku nie tak glamour pun,akhir kata..kehidupan harus diteruskan,walaupun keputusan yang dibuat seringkali salah dan dikesali,
so...happykan diri...happykan hidup....

  © cnq Simple n' Sweet by just2qasehlaura.com 2009

Back to katak hijau