Mayat bayi di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka

>> Thursday, August 19, 2010



MELAKA 18 Ogos - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sehubungan itu polis menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an di hospital itu dan teman lelakinya, 20-an, di Batu Berendam di sini.
Beliau berkata, pada pukul 7 malam semalam, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka mengenai seorang pesakit wanita yang disyaki mempunyai kesan baru melahirkan anak.
Pengadu melaporkan wanita itu mendakwa melahirkan bayi di dalam tandas di hospital itu dan membuangnya di tempat pengumpulan sampah di kawasan wad kecemasan.
"Berikutan itu, polis membuat pemeriksaan di semua tong sampah dan bayi yang dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh anggota Unit Forensik polis dalam sebuah tong sampah besar pada pukul 1.55 petang ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mohd Adnan berkata, sejak awal Januari lepas, sebanyak lima kes pembuangan bayi dilaporkan di negeri ini. - BERNAMA

sumber>>>utusan

MELAKA:Polis menahan reman seorang wanita dan pasangannya yang berusia 20 tahun selama lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung laporan kes membuang janin bayi berusia lima bulan di dalam tong sampah di wad kecemasan Hospital Melaka, pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penahanan kedua-dua suspek bagi membntu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikn kelahiran dengan membuang mayat bayi secara sulit.

sumber>>>metro

2 komen:

♥ Xett Hereen ♥ August 21, 2010 at 10:57 PM  

dekat tempat kerja saya!
katenye, minah tuh g hosp dgn mak dia sbb saket perot.
then nak ke toilet, pastu beranak.
buang dlm tong sampah.
tapi sampah tuh d keluarkan dlu, then letak baby kat paling bawah skali.
baru timbus dgn sampah smule.
g cek dekat 2org doc, tapi xtaw jugak yg dia da branak.
cek kat doc ke-3, soal2 baru dia gtau yg dia da branak.
carik kt tong sampah tuh smule, tapi xjupe.
rupenye bangla2 cleaner tuh da buang smph kat tong besar hosp.

tuh yg jupe baby tuh kat tong besar.

sean kan?
tataw la cite neh betol atau tak.
sbb bos dgn org opis cite.
hakhakhak!

Cik Q August 23, 2010 at 11:58 AM  

o yeker.....seronok dapat tahu cite dari awal.but betul tau x.tuhan je yg tahu ek...:-)nice 2 meet u...

Post a Comment

kepada yang baca blog ini semata-mata sebab nak menyibuk dan dengki pada cik q,terima kasih yeh kerana sudi datang melawat,blog ini diciptakan macam sampah,segala isinya ditaip ikut suka hati,walaupun tidak berguna tapi dicipta oleh aku dan diciptakan untuk aku,kalau tak suka tak payah baca,terus bla jer,pergi la jenguk blog-blog yang glamour dan best,
aku nie tak glamour pun,akhir kata..kehidupan harus diteruskan,walaupun keputusan yang dibuat seringkali salah dan dikesali,
so...happykan diri...happykan hidup....

  © cnq Simple n' Sweet by just2qasehlaura.com 2009

Back to katak hijau